.::::tIk tOk tIk tOk::::.


Get your own Digital Clock

Tuesday, October 13, 2009




Guru tegur penuntut bawa banyak wang ke sekolah




KLANG: Tindakan pengusaha sebuah kedai kafe siber di sini yang berdegil membuka operasi perniagaan hingga awal pagi bukan setakat menerbit rasa bimbang, malah mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk setempat. Lebih mengecewakan apabila kedai itu membenarkan pelajar berumur bawah 18 tahun mengunjungi kedai itu hingga jam 3 pagi.


dok tekun ngadap ape la tu ek (bukan gamba lam sokkabar)

Tinjauan Sentral di kedai itu baru-baru ini mendapati ia dikunjungi pelajar sekolah dan remaja yang menghabiskan masa dan wang saku mereka di situ. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Buyong, 54, berkata beliau sedih melihat hampir semua pengunjung kedai itu terdiri daripada belia Melayu dan pelajar sekolah rendah mahupun menengah. "Budak-budak tu dah tak ingat rumah dan buku sekolah lagi. Habis saja sekolah, mereka pulang sebentar ke rumah untuk makan sebelum ke kedai itu dan ada antara mereka hanya pulang ke rumah pada awal pagi,” katanya.


Buyong berkata, kedai itu pernah diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira dua bulan lalu tetapi ia hanya mengambil masa tiga hari untuk pengusaha kedai itu membuka semula kedainya seperti biasa. "Ketika itu, penguat kuasa MPK menyita semua mesin permainan tetapi dalam sekelip mata, pengusahanya membawa masuk mesin baru dan selang beberapa hari kemudian perniagaannya beroperasi semula," katanya yang turut mengakui anak bongsunya pernah menjadi pengunjung tetap kedai itu sebelum tembelangnya diketahui. Buyong berkata, senario pada Ramadan lalu lebih menyedihkan apabila remaja dan kanak-kanak langsung tidak menghiraukan kemuliaan bulan itu sehingga ada yang `mencuri-curi' makan dalam kedai berkenaan. Mengikut penduduk di situ, kawasan perumahan di situ aman dan sukar melihat kelibat kanak-kanak mundar-mandir di situ terutama pada waktu malam sebelum kedai kafe siber itu dibuka awal tahun ini.


Bagaimanapun, semuanya berubah selepas kedai itu beroperasi dan ia dikatakan penyebab kepada masalah sosial dan akhlak golongan muda Melayu. Sementara itu, seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Romzi, 36, berkata beliau pernah menegur seorang pelajarnya yang membawa banyak duit ke sekolah dan terkejut apabila dimaklumkan yang dia kerap ke kafe siber itu sebaik tamat sekolah. “Ketika saya tanya, dia (pelajar) cuba mencari helah dengan mengatakan yang dia ingin membeli barangan dapur yang dipesan ibunya bagi memasak makanan untuk disedekahkan kepada masjid tetapi dia rupa-rupanya `bersedekah' kepada tauke kedai siber itu," katanya yang sudah 14 tahun mengajar di sekolah berhampiran. Romzi mengakui yang beliau pernah ternampak pelajarnya memasuki premis itu pada sebelah tengah hari, namun tidak mengesyaki sesuatu kerana pada anggapannya mereka hanya mahu melayari internet di situ. "Tapi tak sangka pula, ada pelajar yang memasuki kedai itu pada tengah hari akan hanya pulang ke rumah pada Subuh keesokannya," katanya. (Sumber : Berita Harian Online)


gile internet addict



mmg budak2 skg ni sukar bendung...kalo da obses dgn sesuatu benda, mmg la mcm nk gile...org len pun layan internet gak..tp xde la sampai mbodohkan diri menghadap benda tu pg ptg siang mlm...lambakkan kewujudan mcm2 computer game skg ni lebih mburukkan keadaan...kecanggihan teknologi n kegeligaan kpale otak org yg buat game sbenarnye lg bawa keburukan drpd kebaikkan...kebaikkannye cume satu MENGHIBURKAN..keburukkannye? MELEKAKAN MERUGIKAN MELALAIKAN dan bermacam2 "ME-" yg x molek dsebut n didengar...org skg ni kaye raye kot..mak abah pun x kesah nk tabur duit kat anak2..ntah bape la duit blanje skola yg budak2 skg dpt sampai diorg bole on9 dr tgh ari sampai subuh..wow..kaye raye...mak abah pun kadang salah..percaye sgt kat anak yg kakai kelentong tuh...cube la siasat skit2..(skit2 je tau..jgn sampai merunsingkan kpale otak plak)...da la..tetibe aku mcm kebuntuan n kekeringan idea utk membebel n merepek..ape yg penting?lu pk la sendiri ek..mcmane negare nk maju, kalo generasi pelapis mcm BANGANG..sekian mekaseh...




p/s: budak2 zaman skg ni mcm makin x terkawal n ntah hape2...aku slalu malu n geleng kpale bile tgk care dress-up mereka..wah...nape aku x mcmtu?mak diorg x marah ke pakai mcmtu?bile tgk tu br aku tersedar..terima kasih wahai emak dan abah ku..tanpa didikan dan jagaan mu, mungkin aku pun akan tjebak spt mereka..

No comments: