.::::tIk tOk tIk tOk::::.


Get your own Digital Clock

Sunday, August 29, 2010

Layu Dalam Melayu

Aku lihat layu dalam melayu...

Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak.

Ada juga yang bertanya tuan punya,

tapi bercampur risau tak tergamak.

nanti dikata tak bersyukur, tak sedar diri...

lalu aku menyendiri, memerhati, dan aku mengakui...

yang kita sendiri membiarkan bunga raya meLAYU ke kanan dan bunga tak cantik mekar di kiri..

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

ya, tapi apa guna kalau kewujudan tidak dirasa??

petah berbahasa kudrat tak berjasa..

orang berbudi kita hanya tahu merasa,

selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju..

selalu segan memberi pendapat..

RELA MENGIKUT DARI MENERAJU!!

belum nyanyi sudah bersorak,

suka berjanji dalam borak..

bukan kata TIADA OTAK, cuma tidak BERFIKIR DI LUAR KOTAK!!

Aku merayu..

Bangunlah semula hidup kembali!!!

Jangan tunggu matahari mati..

Cepatlah tumbuh sebelum terlerai..

Perjuangan kita belum selesai..

Perjuangan Kita Belum Selesai...

PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI....

BANGKITLAH....


p/s: bangkitlah...jgn tggu sampai bangsa tsisih di tanah sendiri..SELAMAT HARI MALAYSIA...

No comments: